بسم الله الرحمن الرحيم
Perpecahan di tengah masyarakat, yang terjadi berdasarkan kesukuan, kebangsaan, nasionalisme, dan kepentingan politik yang berhaluan kanan-moderat, yang terbelah, antara pemerintah dan kelompok pembangkang berdasarkan kepentingannya masing-masing, bukanlah sesuatu yang baru terjadi di negeri kita.
Negara kafir penjajah Eropah dan Amerika secara sistematik mengeksploitasi dan memanfaatkan Nasionalisme sebagai bahan bakar untuk mencetuskan perpecahan antara setiap Muslim di seluruh dunia agar tidak memungkinkan terjadinya penyatuan antara umat Islam sedunia. Hasilnya, mereka mampu bertepuk tangan dengan gembira melihatkan situasi umat Islam yang telah terpecah belah menjadi 57 negara bangsa yang kecil dan lemah.
Lihat saja contoh antara Malaysia dan Indonesia yang bermajoritikan muslim, rakyat Malaysia tidak pernah menyenangi akan kedatangan orang Indonesia ke negara ini malah digelarnya ‘pendatang asing’ ataupun pendatang haram’. Walhal, merekalah yang telah membantu membangunkan Negara ini dengan menjadi buruh di sektor-sektor pembinaan rumah dan bangunan. Seringkali mereka dilecehkan dan dipandang rendah hanya kerana mereka berbangsa Indonesia dan bertutur di dalam bahasa Indonesia. Bukan itu sahaja, konflik antara Malaysia-Indonesia ini pernah tercetus ketika perebutan Pulau Sipada dan Pulau Ligitan. Konflik ini semakin memanas apabila rakyat Indonesia menggelar negara ini dengan “Ganyang Malaysia”. Kini orang Indonesia yang berada Malaysia diperkirakan berjumlah 3 juta, namun sehingga kini rakyat Malasia masih dengan mentalitinya yang tidak menyenangi keberadaan bangsa yang semuslim dengannya iaitu bangsa Indonesia. Mungkin perasaan 1 Malaysia yang terlalu menebal dikalangan rakyat Malaysia telah menyebabkan tertanam didalam diri mereka perasaan membencikan bangsa Indonesia. Begitu juga yang berlaku antara Malaysia dan Brunei, Negara ini telah lama berebutkan tanah Limbang daripada Brunei dan akhirnya perebutan tersebut berjaya dimenangkan oleh Malaysia dengan beroleh Limbang setelah bertahun-tahun berlawan di Mahkamah Antarabangsa. Sedangkan muslim di Selatan Thailand yang sentiasa mengharapkan bantuan Malaysia yang masyhur dengan gelaran ‘Negara Islam’ ini tidak pernah dibantu. Saudara kita di Selatan Thailand sentiasa berada dalam keadaan yang tidak aman sehinggakan tempat ibadat yang suci sekalipun dijadikan medan untuk membunuh umat Islam ketika mereka sedang bersolat! Sampai bilakah umat Islam akan terus berpecah diatas negara-negara bangsa yang kecil ini??? Sampai bilakah umat Islam akan kembali bernaung dibawah satu negara yang menerapkan Syariah Islam didalamnya iaitu Daulah Khilafah? Sungguh, masalah-masalah kecil seperti perebutan pulau, masalah pendatang haram, dan masalah yang lain pasti tidak akan timbul sekiranya kita berada di bawah Satu Khilafah!
Apa yang membuat kita sangat bermurah hati kepada kaum Kafir penjajah yang berencana memecah-belah kita adalah kerana ketidakmampuan kita untuk bersatu antara satu sama lain dengan cara yang benar. Ikatan penyatuan yang kita miliki adalah ikatan yang tidak saja palsu, iaitu ikatan patriotisme, kesukuan, dan kepentingan yang rendah dan hina.
Ikatan perkauman yang hina berkembang didalam masyarakat ini muncul dari hawa nafsu, dimana orang-orang yang hidup dalam suatu wilayah tergerak oleh dorongan mempertahankan hidup untuk mempertahankan tanah tempat mereka tinggal. Ini mengakibatkan terjadinya ikatan patriotisme, yang merupakan ikatan yang lemah dan hina.
Ikatan ini muncul ketika ada ancaman dari luar dan akan hilang jika ancaman itu hilang, yakni ketika ada perdamaian dan keamanan di tanah tersebut. Patriotisme dengan ciri seperti ini mewujudkan perpecahan dan kelemahan yang nyata, dan bukan sebuah kesatuan atau kebersamaan. Dengan memakai ikatan patriotisme, penjajah Kafir telah berhasil merobek-robek negara Islam menjadi beberapa negara kecil. Itulah ikatan patriotisme yang mereka telah gunakan untuk menyebarkan benih-benih kebencian dan ketidakpercayaan yang mengakibatkan perpecahan, hingga kita dilemahkan dan dihinakan.
Kita bukan sahaja dipersatukan sebagai sebuah negara yang kecil, kaum Muslim malah dikerat-kerat: sebagai orang Malaysia, sebagai orang Sudan dan lagi sebagai orang Palestin. Jadi bagaimana boleh mempersatukan mereka jika berlandaskan nasionalisme? Lebih-lebih lagi, patriotisme bukanlah suatu ideologi politik yang mampu memberikan penyelesaian yang dihadapi masyarakat. Kerana itu, sangat salah apabila menyatukan orang berdasarkan patriotisme, atau bahkan membentuk kelompok atau parti yang berlandaskan ikatan ini. Ikatan di antara masyarakat yang berdasarkan puak, kaum, dan bangsa hanyalah merupakan satu produk dari ikatan patriotik ini. Kaum Kafir penjajah juga telah berhasil membuat kita percaya, bahawa Malaysia adalah bahagian yang tidaklah sama dengan Thailand, Brunei, Indonesia, Turki, Palestin, dan lain-lain. Kerana itulah penjajah-penjajah telah meletakkan anjing-anjing mereka untuk mengekekalkan pemisahan ini. Sekterianisme inilah yang menyebabkan kita berpemikiran bahawa wilayah tanah Melayu itu berbeza, dan wilayah tanah Arab itu tidak sama, hingga berjayalah Barat untuk memecah belah negeri ini.
Ikatan nasionalisme muncul di tengah-tengah masyarakat, ketika pemikiran mereka sempit. Ikatan ini muncul daripada kecintaan kepada kekuasaan, yang merupakan satu bentuk dari naluri untuk mempertahankan hidup. Ikatan ini mendorong terjadinya perselisihan dan konfrontasi di tengah-tengah masyarakat yang memiliki mentaliti rendah, dan akibatnya mereka saling menolong dikalangan bangsa mereka sahaja tanpa mengambil kira samada mereka membantu diatas kebenaran ataupun tidak. Kerana itu, ikatan ini bukanlah ikatan yang manusiawi dan hal ini jelas terlihat dengan jelas di tanah umat Islam hari ini, dimana kaum Muslim hanya mempertahankan sempadan bangsa mereka, tanpa mengambil endah lagi akan saudara muslim mereka yang dibunuh di Kashmir, Sri Lanka, Thailand, Palestin, sejalan dengan garis kesukuan.
Penyakit yang ketiga adalah ikatan yang berdasarkan kepentingan peribadi dan merupakan ikatan yang bersifat sementara, dan tidak dapat bertahan lama, sebab dasarnya adalah kepentingan. Kerana itu, ikatan ini bukanlah ikatan yang layak untuk menyatukan masyarakat. Sebab, ikatan ini selalu berubah ketika ada kepentingan peribadi yang lebih besar lagi atau ketika faktor kepentingan (yang ingin dicapai) tidak ada lagi. Dalam keadaan seperti ini, ikatan ini akan hilang! Ikatan ini akan memecahbelah masyarakat ke dalam kelompok-kelompok berdasarkan kepentingan tertentu. Kerana ikatan ini hanya ada selama ada kepentingan bersama, maka ikatan ini berbahaya untuk dipakai sebagai faktor penyatu.
Sebagaimana yang kita lihat, pemerintah membahagikan kepentingan yang sama dengan kaum Kafir, maka ditandatanganilah perjanjian dengan British, Belanda, dan Perancis yang menyetujui pembahagian negara-negara kecil. Pemerintah berada dalam angan-angan, dan berfikir bahawa dengan dilakukannya hal itu, maka tekanan dari kaum Kafir akan berkurang. Padahal sebaliknya, justeru tekanan akan meningkat dari hari ke hari. Pihak pembangkang juga tidak banyak berbeza, mereka memiliki agenda politik untuk merebut kekuasaan dengan menggantikan pemerintahan, walaupun mereka sendiri harus bersekutu dengan setan!
Wahai saudaraku di UMNO!
Wahai Kaum muslimin!
Sesungguhnya persatuan yang sejati adalah hanya dengan menciptakan ikatan yang sejati dari ideologi Islam. Ini adalah satu-satunya ikatan yang berlandaskan pemikiran yang rasional. Ikatan ini lahir dan mengatur setiap aspek kehidupan masyarakat. Untuk memecahkan masalah tersebut, sistem Islam memandang seseorang sebagai manusia seutuhnya dan bukan sebagai yang lainnya. Ketika cahaya Islam bersinar di semenanjung Arab, maka saat itu tidak ada lagi kebencian dan perbezaan antara suku di tengah-tengah masyarakat. Keyakinan terhadap Islam telah menyinari dan memberi kehangatan di hati masyarakat dan mereka bersatu sebagai satu bangsa yang berbeza, dimana hati mereka telah terpaut antara satu sama lain. Mereka menganggap orang lain sebagaimana diri mereka sendiri dan bekerja untuk kebaikan orang lain, sebagaimana yang Allah (SWT) firmankan:
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah (yakni Quran), dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, Maka Allah menyatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara (dalam Islam); dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (bukti, ayat, pelajaran, tanda, wahyu) kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Qs. Ali Imran [03]: 103)
Dan firman-Nya:
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Qs. Al-Anfal [8]: 63)
Kenyataanya, kaum Muslim menguasai Iraq yang kemudian didiami oleh orang Kristian Arab dan Parsi, dan kaum Zoroaster. Mereka menguasai Parsi kemudian didiami oleh orang Parsi dan minoriti Yahudi dan Romawi. Mereka menguasai Syam, yang sebelumnya berada dibawah Kerajaan Romawi, lalu didiami oleh orang Syria, Armenia dan Yahudi. Kaum Muslim menguasai Mesir, lalu didiami oleh orang Mesir, Yahudi, dan Romawi. Kaum Muslim juga menguasai Afrika Utara dimana tinggal kaum Barbar di sana.
Kaum Muslim menguasai pula Sind, Khurasan, Samarkand dan Andalusia (Sepanyol) yang kesemuanya memiliki ras yang berbeza, dengan bahasa, adat, budaya, tradisi, dan hukum yang khas. Tapi walaupun mereka memiliki identiti yang berbeza, Islam mampu menyatukan mereka dan membentuk mereka dalam satu negara besar dengan agama, bahasa, adat, budaya, dan adalah sangat penting. Kerana itu, mengapa Islam tidak mampu mengikat dan menyatukan kita semua, jika kita adalah kaum Muslim yang sesungguhnya?
Wahai Saudaraku di Organisasi Persatuan Nasional!
Pada saat ini Anda menyatukan dan mengumpulkan semua kelompok dan kekuatan politik di negeri ini, dan Anda sedar betapa beratnya tugas untuk menyatukan masyarakat ini di bawah bendera yang sama. Ini akan menjadi kewajiban Anda yang utama untuk mempertimbangkan isu-isu genting ini dalam suatu perspektif yang benar, yakni perspektif Islam. Anda telah melihat bahawa hanya Islamlah yang telah mampu menyatukan masyarakat beserta kekuatan mereka dalam jangka waktu tiga belas abad, ketika mereka hidup di bawah Daulah Islam yang satu.
Sementara ideologi Sosialis atau Komunis nyata telah gagal mencapai hal ini dan memecahbelah masyarakat sesuai dengan agama dan kebangsaan masing-masing. Ideologi Kapitalis juga tidak berbeza, dimana kaum minoriti dan kelompok-kelompok yang ada di dalamnya menolak mengakui satu sama lain kerana mereka membawa pemikirian yang asing bagi mereka. Kerana itu, kenapa kita tidak memikirkan kebesaran ideologi kita sendiri?
Kehormatan dan kemuliaan yang semoga selalu bersama anda dunia dan akhirat, jadi kerana itu berdirilah dan katakan kebenaran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْسَدِيدًا إِنَّاوَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولا.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa; Maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. dan adalah Dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan Katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu Amat zalim dan Amat bodoh,” (Qs. Al-Ahzab [33]: 69-72).
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar